IKRAMAH BIN ABU JAHAL
IKRAMAH BIN ABU JAHAL
Islam
menyaksikan kelahiran banyak tokoh-tokoh terkemuka. Antara yang hebat
adalah Ikramah bin Abu Jahal. Seorang pemuda yang pada awalnya sangat
menentang Islam. Akhirnya menjadi seorang pembela Islam yang tegar.
Peribadi
Ikramah
merupakan seorang pemuda Quraisy yang gagah berani. Beliau lahir dari
keturunan bangsawan Quraisy. Sangat dihormati dan dipandang mulia oleh
penduduk Mekah pada masa itu. Beliau juga merupakan seorang penungang
kuda yang sangat mahir.
Sebelum masuk Islam
Ikramah
menolak dakwah Islam kerana terpengaruh dengan sikap ayahnya, Abu Jahal
yang menentang Islam. Dek dorongan yang kuat dari ayahnya itu, beliau
juga sangat memusuhi Rasulullah SAW dan menyeksa umat Islam yang lain.
Perang Badar
menyaksikan Ikramah menjadi sayap kanan kepada ayahnya. Namun, Abu Jahal
terbunuh dalam peperangan tersebut. Tambah malang lagi ia disaksikan
sendiri oleh Ikramah. Namun ia tidak mampu berbuat apa-apa kerana mahu
menyelamatkan diri sendiri.
Permusuhan Islam Semakin Memuncak
Sejak
kematian ayahnya itu, kebenciannya pada Islam semakin menebal. Kali ini
bukan kerana benci terhadap Islam, tetapi kerana mahu membalas kematian
ayahnya itu. Dalam beberapa peperangan melawan kaum muslimin, beliau
antara yang berada dibarisan hadapan.
Perang
Uhud menyaksikan Ikramah menjadi sayap kiri pasukan Quraisy manakala
Khalid al-Walid menjadi sayap kanan memimpin pasukan berkuda. Kedua
panglima ini gagah memecah belahkan tentera Islam.
Perang
Khandak menyaksikan beliau antara yang semangat ingin memecah banteng
pertahanan tentera Islam Madinah pada masa itu. Setiap hari beliau
berpusing sekitar parit untuk mencari jalan hendak menembusi Madinah.
Ketika
pembukaan kota Mekah berlangsung, Ikramah mengambil keputusan melawan
tentera Islam yang hendak masuk ke Mekah. Ikramah mengumpulkan
pengikutnya untuk menyerbu tentera Islam yang masuk ke Mekah.
Namun,
ia sangat terkejut melihat Khalid al-Walid yang menyerbunya ketika itu.
Namun, beliau tetap tekad melawan Islam. Akhirnya tenteranya tewas.
Ikramah sempat melarikan diri dari dibunuh.
Beliau merasa sangat menyesal pada masa itu. Mekah tidak lagi aman baginya. Beliau akhirnya menuju ke Yaman.
Isteri Solehah
Ummu
Hakim, isteri Ikramah sangat bimbang akan keadaan suaminya. Beliau
kemudian mendapat tahu suaminya di Yaman. Beliau ditemani pembantunya,
seorang yang berbangsa Rom, untuk menemaninya sampai ke Yaman
Namun,
dalam perjalanan, pembantunya itu merayunya berbuat maksiat. Tetapi
Ummu Hakim sangat setia pada suaminya itu. Selain itu, dia dapat
menanganinya dengan bijaksana. Dia memberi harapan dengan melewat-lewat
masa sambil meneruskan perjalanan.
Sesampai
sahaja di sebuah perkampungan Arab, Ikramah segera meminta tolong
kepada penduduk disitu dan menyatakan niat jahat pembantunya itu.
Pembantunya itu akhirnya ditangkap. Dapatlah Ummu Hakim meneruskan
perjalanannya dengan aman.
Pertemuan Cinta Suci
Akhirnya
Ummu Hakim bertemu dengan suaminya di Pantai Laut Merah. Mereka
berpeluk kegembiraan. Ummu Hakim meminta suaminya untuk pulang
bersamanya ke Mekah. Sambil menyatakan Rasulullah sudah mengampunkan
kesalahannya itu.
Ikramah
dengan senang hati mengikut isterinya pulang ke Mekah. Dalam perjalanan
pulang, Ummu Hakim menceritakan perihal pembantunya kepada Ikramah.
Mereka kemudian singgah di perkampungan Arab tersebut.
Disebabkan
terlalu marah dengan pembantunya itu, Ikramah mengambil keputusan
membunuh pembantunya itu. Mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke
Mekah.
Mengucap Kalimah Syahadah
Ketibaan
Ikramah dan isterinya disambut oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka
seolah-olah sudah menduga kedatangan Ikramah ke Mekah. Baginda
Rasulullah gembira dengan kedatangan Ikramah tersebut.
Lantas,
dihadapan baginda, Ikramah mengucap dua kalimah syahadah. Ikramah
berjanji akan mengubah perangainya dan bersedia membela Islam dengan
tangannya. Ikramah mahu bertaubat dan menebus kesilapannya yang dulu.
Pahlawan Islam yang Berani
Ternyata
Ikramah menepati kata-katanya itu. Kalau dahulu hidup dan matinya
melawan Islam, kini beliau berjuang berhabis-habisan mempertahankan
kalimah tauhid Islam.
Perang
Yarmuk menyaksikan tentera Islam diserang bertubi-tubi oleh tentera
Rom. Ikramah kemudian mara kehadapan menyerang tentera Rom yang sedang
menggila. Beliau menghalau pasukan musuh yang sedang mara kehadapan.
Akhirnya,
beliau gugur terkorban dalam peperangan tersebut. Meskipun sedemikian,
tentera Islam berjaya mendapat kemenangan yang gemil.
http://www.islam2u.net/index.php?option=com_content&view=article&id=329:ikramah-bin-abu-jahal&catid=14:kisah-kisah-sahabat&Itemid=75
0 Komentar
CARA RESERVASI
WA / SMS / Call. 085.643.455.685
PIN BB 7A722B86
Kantor Pemasaran : Jalan Jogja-Solo KM 15 Bogem Kalasan Sleman Yogyakarta 'Toko Stiker Sahabat Motor dan Mobil'
Disarankan untuk reservasi menggunakan SMS mengingat kami sering mobile keluar kantor. Sampaikan penawaran yang diinginkan kemudian akan kami berikan penawaran dari kami.
LAYANAN SMS GRATIS
setelah setahun terhenti, insya Allah SMS Community akan berjalan lagi.
minat langganan status via sms, cukup ketik : IKUT ssbscommunity kemudian kirim ke 082-110-001-021
jika gagal berarti ada salah penulisan "IKUT ssbs community" nya.
untuk semua operator GSM.
# gratis sampai kapan pun
!! PESAN ADMIN !!
Kami selalu menghimbau agar semua member agar tetap mewaspadai segala bentuk penipuan yang mengatasnamakan Cikarsya On-Line, Intive, Inc dan SSBS Community karena kami tidak memungut biaya sepersen pun sebelum kesepakatan kedua belah pihak disepakati.
Harga sewaktu-waktu bisa berubah. Mohon untuk menanyakan terlebih dahulu sebelum bertransaksi.
Contact Admin : 085.643.455.685
Untuk melakukan Pemesanan silahkan klik cara pemesanan
Untuk mengetahui paket wisata silahkan klik Paket Wisata
Untuk mengetahuin paket catering silahkan klik Paket Catering
Untuk mengetahui paket privat silahkan klik Paket Privat
Untuk mengetahui Paket Kaos silahkan klik Paket Kaos
Untuk mengetahui Paket Backpaker dan Adventure silahkan klik Paket Backpaker dan Adventure
Untuk mengetahui Testimoni silahkan klik Testimoni
Untuk mengetahui Tentang Kami silahkan klik Tentang Kami